feel free to navigate around. FOLLOW | DASHBOARD.

More About Me


entries | profile | tagboard

Thursday, December 20, 2012
DUGAAN



ASSALAMUALAIKUM .

apa khabar? sihat? tak sihat makan ubat ye. sekarang ini orang kata tengah musim-musim tak sihat ini. demam , denggi , dan sebagainya. kalau rasa diri itu tak sihat cepat-cepat pergi klinik tau ! *aku dah jadi macam mak-mak dah nasihat itu ini, hahaha*


Ada alasan dan hikmah disebalik sesuatau kejadian, terpulang pada kita untuk memilih jalan yang sesuai kerana kita punya pilihan. Apabila kita tersalah pilih, kita selalunya ada peluang yang kedua. Ingatlah, Allah tak akan menduga hambanya kalau kita tak mampu dan dugaan selalunya datang dengan pakej iaitu jalan penyelesaian, kerana Allah itu Maha Adil :)

aku post status ini petang tadi bersamaan dengan 19/12/12 selepas aku habis membaca novel  " Suamiku Encik Perfect 10! " ini yang aku dapat dari novel itu. so dalam perjalanan aku pulang ke rumah. hati aku terdetik "Allah tidak akan menduga hambanya jikalau kita tak mampu" dan "Allah hanya memberi kita dugaan sama dengan kemampuan kita untuk mencari jalan penyelesaian setiap dugaan yang dibagi kepada kita" sungguh ini yang bermain difikiran aku  sepanjang perjalan aku pulang. 

sampai di satu traffic light , secara tiba-tiba motorsikal yang aku naiki mati enjin. aku mula panik tapi aku cool dulu *free kan gear* dan start balik motor. aku start tak hidup sekali lagi mati juga. jadi terus aku ke tepi sebab aku tak nak menghalang laluan bagi orang lain. start-start tak hidup , sah sah lah ini minyak motor aku habis ini. aku pening nak mintak tolong siapa ini. dekat rumah tak ada sesiapa. aduh mcm mana ini. then aku ambil keputusan call sepupu aku nurul. sebab time tu aku hanya terfikirkan dia sahaja. 


call call tak angkat , aduh mana pergi nurul ini? then aku terfikir untu  ayu kawan aku. dalam  aku nak kol , tiba-tiba ada brother motor besar ini tegur aku , dia tanya kenapa? perh time aku terfikirkan akan cerita-cerita yang selalu aku baca dekat facebook mahupun blog. nampak tak effect dia macam mana? hahaha. aku pun jawab motor minyak tak ada lah. dia tanya betul minyak tak ada bukan rosak? aku dengan yakin ye. ye motor ini tak ada minyak. haha. then dia tawarkan aku dia nak bawa aku pergi station minyak. time itu tiba-tiba teringat aku lagi akan artikal-artikal perihal penipuan yang tengah berleluasa ini. tapi disebabkan antara banyak motor atau kereta yang lalu hanya dia seorang sahaja yang tegur aku pun kata oklah.


disebabkan time ini aku berada yang jalan bertentangan dengan jalan nak ke station minyak brother ini suruh aku pusing. bila pusing dia start tolak aku guna motor dia. dulu aku fikir tak logik boleh motor tolak motor? haha. now bila aku dah kena baru aku tahu , owh boleh rupanya. time itu aku punya excited kena tolak sebab first time tau. hahaha. lupe aku punya takut sekejap. hahaha. dia betul-betul tolak aku sampailah station minyak. aku isi minyak and brother to bagi tahu brother dekat station minyak itu yang dia tolak aku *nak nama juga ye? haha. tak adalah joke je* siap isi brother itu suruh aku tolak motor and check betul ke motor aku tak ada minyak atau rosak. Alhamdulillah motor aku terus hidup , so betul lah! haha -..-" 


then brother itu bagi aku kad kot kot aku perlukan bantuan dia. tak nak dah aku berhutang budi dia, dia tolong aku tadi pun dah cukup bertuah dah aku rasa. dia buka kedai aircond dekat Air Molek , aku cakap aku amik aircond juga and dia kata owh jarang dengar perempuan amik aircond. haha , then lepas itu dia blah sebelum itu berpuluh kali aku cakap terima kasih dekat dia, sebab kalau bukan dia yang tolong aku mungkin time itu aku tengah tunggu lagi sedara atau kawan aku itu. 


then lepas itu aku terfikirkan apa yang aku update dekat facebook tu, Allah turukan dugaan bagi aku dan dalam pada masa yang sama dia bagi juga aku jalan penyelesaian. aku bersyukur sangat sebab Allah bagi orang yang berhati baik untuk tolong aku. terima kasih ya Allah , btw terima kasih ye brother motor besar :D 



Embedded image permalink

that's all , gtg now ! assalamualikum :)




0 loner (s)
OLD | NEW