feel free to navigate around. FOLLOW | DASHBOARD.

More About Me


entries | profile | tagboard

Tuesday, September 25, 2012
VOLUNTEER ZOO NEGARA :)

ASSALAMUALAIKUM :)

hye readers :)
lama tak jengah blog ini , padahal blog sendiri hikhik :) sebab aku lepas update blog lepas itu tak jengah-jengah dah. mungkin dah jadi hobi :D ok now aku nak story mory pasal aku pergi ZOO NEGARA hari itu tau! bestttttt :) aku dah lama tak pergi zoo dan melawat saudara aku dekat sana , itu yang dapat peluang pergi ak pergi. aku pergi bukanlah berjalan tapi VOLUNTEER . dalam erti kata lain aku berkerja dekat sana , masa aku pergi ini full time dari pukul 8 pagi - 4 petang. walaupun kaki aku bagi nak tercabut tapi tetap have fun .


ini masa mula-mula sampai , dia bagi briefing pasal safetydan buat group dan bagi setiap group itu dia dalam section apa. and for my group we got BIRD SECTION . tak susah dan tak senang 50-50 :)





ini lah kerja mula-mula kena buat lepas jumpa sarjan dia suruh kitaorang bersih-bersihkan kawasan dia , sapu sampah , ada yang bagi makanan haiwan dan cabut rumput. sekarang baru aku kenapa dia amik semua perempuan , ngeh3 pandai korang :) lepas itu diorang bagi rehat 30 minit dan sambung balik kerja , sapu-sapu juga tapi dekat bahagian flamingo. 



maaf gambar kurang baik , biaselah blackberry je bukan Sony Erricson mahupun Samsung ataupun Iphone. lama juga kitaorang dekat sini , bersih-bersihkan daun kering dekat area flamingo ini. bila orang luar datang tengok kan diorang tersenyum tengok kita orang dan aku tak paham apa maksud senyuman itu , biarlah :)





selepas dah kemas kawan flamingo dan bagi makan pada burung-burung , kitaorang pergi rehat. agak mahal makanan dekat zoo ini , hikhik. sebab zoo yang besar ini kitaorang ada yang sesat dan menyebabkan lambat untuk sambung berkerja , time itukan punya takut kena marah. haha -,-' tapi sebenarnya diorang tak marah pun. hikhik :) lepas itu kemas balik kawasan zoo dan kami dibawa untuk kerja yang lebih extreme.


kesian dia buta. susah nak bagi dia makan :( 

burung ini pula sakit parkinson . kesiann .

ok lepas bagi makan dekat brung-burung yang kurang bernasib baik ini , kitaorang ke stage yang extreme yang hampir sama dengan rumah hantu sebab bila masuk je menjerit macam jumpa hantu betul-betul tau! scary burung dekat sini , macam tak makan setahun. hushhh :/




masa dah lepas bagi burung atau angsa atau itik ini makan *taktahunama* ada merak yang membuka ekor dia yang lawa. lawa sangat ! *mukateruja*  






masa tengah kusyuk aku amik gambar merak ini , boleh jadi angsa yang yg aku baru bagi makan itu gigit tangan aku. aku punya terkejut sampai rasa handphone dekat tangan nak baling dekat burung itu . bertuah punya angsa ! haishhh . *badDream* bila nak keluar dari pagar yang ada angsa itu , burung unta ataupun burung kasawari itu dah tunggu , time inilah macam masuk rumah hantu , yang angsa itu kejar yang burung kasawari ini lapar tunggu nak makan. haishh , jadi macam-macam cerita.





walaupun macam mana pun ianya tetap best! hikhik , terima kasih sebab bagi aku kenangan satu hari dekat zoo ini , terima kasih juga pada abang , pakcik dan pekerja bahagian burung yang bagi kepercayaan pada kitaorang untuk kemas. thanks for everythinggg yo ! hahah , assalamualaikum :)




UNIVERSITI KUALA LUMPUR MALAYSIAN FRANCE INSTITUTE :)
VOLUNTEER ZOO 2012.







0 loner (s)
OLD | NEW