feel free to navigate around. FOLLOW | DASHBOARD.

More About Me


entries | profile | tagboard

Monday, August 27, 2012
no title .

ASSALAMUALAIKUM :)

hello encik , puan , cik , datuk , datin dan segala pangkat yang ada didalam dunia ini. hehe :D so macam mana raya? best tak? mestilah best ! apalah kau ini kan aisyah? senget sangat. mesti dapat raya dengan ahli keluarga kan? itulah yang seronoknya raya. dapat kumpul adik-beradik , saudara-mara , sepupu-sepapat dan seangkatan denganyaa, hehe :)

korang dapat duit raya tak? mesti dapat punyakan? roomate aku dah 20 lebih pun dapat lagi. mungkin ikut pada rezeki lah kot , kalau ada rezeki dapatlah kalau tak tak adalah kan? aku ? Alhamdulillah dapat lagi , hehe. hajat aku tahun ini nak duit raya tepat2 dapat beli hard disk kan? alhamdulillah dapat seperti dihajati. terima kasih Allah dan bagi sesiapa yang bagi aku duit raya itu , semoga anda dimurahi rezeki :)

walaupun raya aku tetap layan korea aku walau macam mana pun. haha , bak kata sedara aku dunia aku 50% itu korea jelah. kalau dulu aku asik melayan "Running Man" sekarang aku dah beranjak ke "2 Day 1 Night" tapi yang season 1 bukan season 2. bagi aku season 2 tak berapa nak best. hehe , aku suka MC MONG , LEE SEUNG GI dan EUN JIWON :) 


aku tulis no title sebab aku rasa nak cakap semua benda yang terlintas dekat kepala otak aku ini. hehe, mungkin ada yang tak suka korea . tak apa , aku sikit pun tidak peduli, sebab yang minat aku, hahaha :3 i love you mc mong :)

ok balik pada raya tahun ini aku buat perubahan pada diri aku sendiri dengan mencabar diri dengan memakai skirt , sebelum ini aku hanya pakai seluar dan baju kurung je sebab bagi aku terlalu ladies kalau pakai skrit *padahal diri sendiri Perempuan :3* , haha. so aku ikut kata aku beli dress , padahal kalau tengok pada diri sendiri aku dah gemok and tak sesuai nak pakai tapi aku pedulikan je apa orang nak kata. sebab selagi aku ikut kata orang aku tak akan dapat cuba apa yang aku teringin. 

kite dengan ayu :*

so inilah aku , aku dapat banyak feedback yang aku dah gemok dan tembab tapi tak ada siapa pun yang tegur aku pakai dress. bagi aku gemok itu tolak tepi , kalau dah memang gemok pakai apa pun orang tetap akan perasan aku gemok walaupun aku pakai satu sut hitam kan? so aku bersyukur dengan apa yang dah ada walaupun aku tengah proses nak kuruskan badan. hikhik :D 


"Tak semua kurus itu lawa , dan tak semua gemuk itu buruk" bersyukurlah :)



0 loner (s)
OLD | NEW