feel free to navigate around. FOLLOW | DASHBOARD.

More About Me


entries | profile | tagboard

Wednesday, April 25, 2012
MASAK MASAK :D





assalamuaikum reader.
sudah lama tidak menulis dalam blog ini. rindu~~ haha :D
minggu lepas aku telah pun mengadakan satu perjumpaan kecil kecilan bersama bestfriends kesayangan saya. hoho. untuk melepaskan rindu yang tersimpan , erk macam pelik plak ayat nie -,-" kitaorang bermalam dirumah salah seorang kawan yang join sekali nie lah . 


mula mula jumpa je , LINDA , WANA , SUE waaa . rindunya korang setelah bertahun tak jumpa. padahal baru setahun. hohohoh :D lepas dah amik diorang semua dekat KTM kitaorang pergi pasar malam. yola nak makan tak akan nak masak malam2 mals den ! hahaha. lepas beli makanan kitaorang beli barang untuk masak esok pula .teruja nak masak oo ! hahaha


esoknya mula tugasan masing masing dalam menyediakan masakan pagi dan tengahari .
menu pagi :
- sardin hancur yang dah barai linda buat .
- roti gardenia 
- cekodok atau jemput-jemput bawang
- air teh panas :)


time masak ini punyalah kelakar kan linda? hai ko nie. haha amik pengajaran ye dari apa yang berlaku ~sos tiram . hahaha. apa pun tak boleh.


lepas makan , mandi semua . sedia untuk masak tengahhari. masa malam nak masak 
linda : jom masak ayam masak merah.
aku : kau tahu tak masak? 
linda : tahu tahu. 
bila time nak masak. eh, mcm mne ye nak masak. adoi linda nie. so aku dengan tak malu kol mak.


Aku : mak, macam mana nak masak ayam masak merah ?
Mak : hahaha , padan muka kau aku suruh belajar tak nak. 
Aku : bukan tak tahu nak confirm kan jelah. apa resepinya .
Mak : eh , enon masak ayam masak merah macam mana ? 
aku : eh mak ada ramai orang ke dekat rumah ?
Mak : aha , ada orang mengaji. 
Aku : *ketuk dahi ! malu wooo* adoi mak nie, malu lah macam nie. 


tapi mak aku tak pedulik dia bagi juga tahu depan kawan kawan kesayangan dia. hahaha. tapi bila aku dah dpat aku rasa macam was was plak, betul ke resepi nie? yelah ada 6 orang time tu jd dah 6 resepi . emm :/ tiba tiba aku teringat kawan baik aku dalam kelas ada sorang yang selalu masak ayam masak merah . dengan muka tak malu minta resepi dekat KECIK . dahlah dia lelaki , *malu.malu* tak palah nak belajar kan? hohoh. ayt cover line. so bila dah mintak semua . aku pun try lah masak. akhirnyaa setelah dirasa 4 penal masakan .









amacam ? sodap kan? hahaha. resepi dia 


AYAM MASAK MERAH AISYAH :)


1 ekor ayam.
2 biji bawang merah
1 biji halia
1 biji bawang putih
1 biji tomato
sedikit gula , garam dan perasa
sos cili + tomato
daun limau purut
2 mangkuk kecik cili boh 
minyak secukupnya. 


inilah resepi aku yang dah carca marba tu. hoohoho 




*suhaila dan chef aisyah yang masak sayur ini :)

terima kasih mak dan kawan kawannya , fadlee kecik dalam menyumbangkan resepi anda. hohoh. ok daaa :)

0 loner (s)
OLD | NEW