feel free to navigate around. FOLLOW | DASHBOARD.

More About Me


entries | profile | tagboard

Thursday, March 17, 2011
kes pembunuhan

assalamualaikum .
hari itu aku ada terbaca sebuah kisah pembunuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki yang teringin untuk makan daging manusia dan ada orang yang sanggup untuk menawarkan diri untuk dimakan . then now aku terpikir pada zaman 90  di Kampung Perusa, Ulu Dong, Raub, di antara jam 11 malam 2 Julai hingga 9.30 malam 13 Julai 1993 ada berlakunya satu pembunuhan yang kejam  yang dilakukan oleh MONA FENDI , bersama suami dan pembantunya yang juga anak angkat dia dalam membunuh seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Talam, Allahyarham Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris .mungkin zaman sekarang ramai yang  tak kenal dengan dia ini yelah benda yang dah berlaku selama 18 sudah . woo! lame2 . hehe . aku pulak yang tiba nak buka balik. haha.aku cerita balik sebab aku masih rasa yang kes pembunhan nie yang paling kejam yang berlaku kat Malaysia . kes kedua adalah kes Datin Sosilawati. bagi aku dua2 aku rasa kejam .hahahaha . :) ok now aku nak cerita sikit pasal mona fendi nie atau nama sebenar dia Maznah Ismail ( 1956 - 2 November 2001) dia juga adalah seorang penyanyi + bomoh yang berasal dari perlis .Pada tahun 1991, beliau menggemparkan dunia seni tanah air apabila beliau didakwa mempunyai pulau persendirian di selatan Thailand.Beliau dan suaminya, menjadi artis pertama Malaysia yang memliki sebuah pulau persendirian seluas 4800 hektar yang hendak dimajukan sebagai pusat peranginan terbesar di rantau ini.Mereka juga didakwa membeli Pulau Oaks berhampiran Pulau Langkawi, Phuket, dan Pattaya dengan harga RM 5. 8 Juta pada 1990. Juga, mereka gemar mengumpul kereta sehingga memiliki 5 BMW, Honda Prelude, Mercedes Benz, Jaguar, Trooper dan beberapa wagon.
inilah muka mereka .

Kisah ngeri ini bermula apabila berita kehilangan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batu Talam, Allahyarham Datuk Mohd Mazlan Idris pada tahun Julai 1993.Rupanya2, allahyarham telah dibunuh dengan kejam oleh Mona, Affandey dan juga Juraimi sewaktu upacara mandi bunga yang dilakukan oleh mangsa secara berbaring di bilik air sebuah ruamh yang tidak bernombor di Raub, Pahang..Khabarnya, upacara mandi bunga itu dilakukan bagi meningkatkan lagi kekebalan dan pengaruh mangsa dalam bidang politik. Kepala mangsa telah ditetak sebanyak 3 kali sehingga putus dan anggota badan mangsa pula dipotong kepada 18 bahagian!Semuanya ditanam di dalam lubang yang telah digali sedalam 1.8 meter! tengoklah betapa kejamnya mereka . mereka melakukan semua ini hanya kerana harta . betulah apa orang kata kita akan lalai kalau akal dah ditutup kerana mengikut nafsu 

inilah contoh keratan yang dilakukan terhadap mayat tersebut .

Selain cara pembunuhan yang begitu kejam, kes ini menjadi tumpuan hangat kerana ini adalahkes terakhir yang menggunakan khidmat juri dalam perbicaraan.Sewaktu perbicaraan, ketiga2 suspek kelihatan begitu tenang dan selalu berjenaka kepada wartawan2.Tumpuan pastinya kepada Mona Fandey kerana cara berpakaian beliau yang sangat menarik dan ranggi ketika menghadiri perbicaraan.











benda ini jadi isu sebab sepatutnya kita berpakaian yang sopan tapi dia makin seksi .dia juga pernah melakukan pemedahan plastik untuk nampak lai cantik and muda .em . macam2 plak aku rasa dia nie buat .


 Berikut adalah lakaran songkok dan tongkat sakti milik Datuk Mazlan yang didakwa boleh menjadikannya kebal, kalis peluru, kaca dan juga sakti.Songkok dan tongkak sakti tersebut hendaklah dipakai bersama2 pengguna bagi mendapat kesaktiannya itu.Malangnya, pada malam tersebut, songkok dan tongkat sakti tersebut tidak berada di tangan mangsa.Dan itu memudahkan lagi kerja suspek untuk membunuh mangsa.

Pada subuh 2 November 2001, Mona, Affandi, dan Juraimi telah menjalani hukuman gantung sampai mati di Penjara Kajang selepas rayuan mereka ditolak Mahkamah Rayuan.Jenazah Mona dan Affandi dikebumikan bersebelahan di Kajang dan Juraimi pula dikebumikan di kampungnya di Pelabuhan Klang, Selangor.
semasa diAda jugak yang mengatakan, pada saat2 akhir kematiannya,Mona Fandey mengucapkan, " Aku Takkan Mati!" sebelum beliau menjalani hukuman gantung itu.

Wallahhualam...
Nak tau lagi, sila baca di kisah penuhnya di sini - Masih ingat Mona Fandey?

and ada filem sebelum ini yang dibuat berdasarkan cerita mona fendi nie tapi tak dapat disiar tak tahu kenapa. 
mungkin sebab ngeri sangat kot. haha . nie aku bagi





sekian saja dari aku ! :)
.

0 loner (s)
OLD | NEW