feel free to navigate around. FOLLOW | DASHBOARD.

More About Me


entries | profile | tagboard

Wednesday, February 23, 2011
senyuman terakhirmu :(

assalamualaikum. 
hye semua . 
hari nie pun cerita sedih gak :"( 
em.

bace dah hayatilah k ...


kali pertama kami bertemu tiada niat langsung untuk kami mengenali atara satu sama lain . dia dengan halnya , aku dengan hal aku . namun kerana statusnya sebagai seniorku terpaksa juga aku mengenali dirinya . Adam itulah panggilanku kepadanya dan nama itu juga yang terpahat dihatiku selama dua tahun usia pengenalan kami . Adam seorang lelaki yang simple , sejuk mata memandang , dan paling aku suka , dia tidak pernah lengkang dengan senyuman manisnya . mungkin keramahanya yang membuatkan kami semakin rapat . Ia antara kami sudah tiada rahsia .
Adam dan Hawa .

Hari ini kuliah aku tamat agak awal jadi aku mengambil keputusan untuk menunggu Adam di cafe , ada sesuatu yang ingin kuberikan kepadanya  memandangkan hari lahirnya yang bakal menjelang .
aku tahu terlalu awal untuk untuk hadiah itu tapi namun aku tetap hendak menhadiahkan Adam sesuatu . hampir 5 minit kemudian Adam datang dengan senyuman manis terukir dibibirnya .

"assalamualaikum.....sorry ye awk , saya ada hal tadi.." dia mengambil tempat disebelahku . perlahan aku menjawab salamnya .

aku mengambil bungkusan di dalam beg aku lalu ku berikan kepadanya . raut wajah Adam panik digaru-garu kepalanya yang tak gatal .

"erk.....apa nie wak ?"
"untuk awaklah , saya kasi awak , tengoklah suka ke tak "
dahi Adam berkerut-kerut namun jarinya pantas mengoyak balutan hadiah itu .kemudian dibukanya kotak kecil yang berbentuk hati . matanya bersinar cerah , lantas dikeluarkan jam tangan pemberian ku itu .
"Ya Allah....hawa , ini jam hari tu kan ? Awak jam ini kan mahal .kalau awak gunakan duit itu untuk belanjakan lebih baik .
"Suka tak ?"

Adam mengangguk kecil "Suka, tapi kurang suka awak bazirkan duit awak untuk saya. well jam ini untuk apa ? Birthday saya lambat lagi, bulan depanlah Hawa .
Aku tersenyum tersenyum melihat gelagat Adam . sememangnya dia bergitu , selalu berpesan agar aku berjimat cermat . Katanya dia sudah rasa bagaimana susahnya unuk mendapatkan wang . keluarganya sedahana sahaja tapi cukup kaya dengan kasih sayang .bagiku , bukan itu lagi berharga ?

"awak salah ke kalo saya hadiahkan something untuk awak ? lagipun sepanjang kita berkawan , saya jarang bagi awk hadiah kan ? . takpelah nanti birthday awak saya bagi lagi ok ?"
abis saya selalu ke bagi awak hadiah ?ok , saya terima hadiah ini sebagai hadiah birthday saya , tapi saya tak nak hadiah lain dah .sebab ini pun dah berharga dah wak.."
mata Adam memandang aku dengan penuh bermakna . akhirnya aku mengalah di hadapanya .dalam hati aku tetap mahu hadiahkan sesuatu buat Adam . Sejak kebelakangan ini kami jrang bertemu kerana Adam sudah berada ditahun akhir , banyak kerja yang perlu diuruskan jadi aku tak mahu hubungn kami menjadi hambar . sebolehnya aku mahu kami sentiasa gembira .


jam ditanganku menunjukkan jam 8.30 malam . hari ini 19 jun , usia Adam genap 23 tahun. hari lahirnya yang ku raikan buat kali ke -2 . awal-awal lagi aku sudah menunggu kedatangan Adam untuk menjemput aku dirumah . kami berjanji untuk meraikannya disebuah restoran seafood . itu semuanya cadanganku , aku mahu Adam sentiasa gembira kerana setiap kali dia tersenyum , senyuman itu cukup menyenangkan  . Adam datang tepat pada waktunya . kami sedondon ungu tanpa disengajakan , atau memang sudah jodoh? aku tertawa sendirian .

kereta yang dipandu Adam laju menuju ke destinasi .kami tida banyak bercakap kerana Adam lebih menumpukan perhatian untuk memandu .malam nie kereta berpusu-pusu mungkin malam minggu jadi ramai orang mengambil kesempatan untuk bersantai di tepi-tepi pantai. Adam memandangku sekilas , sempat aku melihat dia tersenyum manis . oh ! senyuman itu lagi......

"jom dah sampai , awak turun dulu nanti saya follow , susah pulak nak cari parking . takpe saya cari parking jauh sikit.. "

aku menggeleng ." saya ikut , kita jalan sama-sama , lagipun saya dah tempah meja . so don't worry ok? now, awak parking je kat depan tu.. tuu "
Adam ketawa bila aku menjuihkan mulut ke arah tempat parking yang kosong tu .setelah kami meletakakn kereta ,kami jalan bersam-sama ke restoren itu . aku sememangnya telah menempah meja yang terletak di hujung sudut restoren , betul-betul menghadap ke arah pantai . agak romantik dan sesuai untuk kami berdua .

"Selamat hari lahir Adam.... ini untuk awak ikhlas dari saya ." sebuah bukusan yang berbalut kemas aku serahkan kepada Adam .


Adam memandang aku agak serius . aku tahu dia marahkan akku sebab aku melanggar permintaannya supaya tidak memberikan hadiah lain . entah mengapa aku betul-betul nak bagi Adam hadiah , dan kali ini aku menghadihkan sebentuk cincin silver untuknya . Adam masih seperti tadi , tiada tanda-tanda hendak memberi aku senyuman seperti selalu .


"awak.....saya ikhlas nie...hari ini baru betul-betul hadiah birthday awak, hari tu hadiah kasih sayang je, amik lah awak...." aku cuba memujuk. nampaknya pujukan aku berkesan bila nampak dia tersenyum sedikit .
"saya dah cakp dah, tak perlu hadiah wak......apa yang awak dah bagi selama nie pun dah cukup, kasih sayang , perhatian.....hurm..mmg degil . awak ingat saya biarkan awak je? nie untuk awak . bukalah .


sebuah bungkusan berbalut merah hati dihulurkan kepadaku .aku kaget, namun setelah didesak oleh Adam bungkusan itu bertukar tangan .lantas dengan cermat aku membuka pembalutnya . sebuah kotak berbentuk hati , sama seperti yang aku berikan kepada Adam cuma lebih kecil saiznya .kubuka kotak itu , dan kali ini aku terharu . loket silver berbentuk LOVE dan di dalamya da gambar kami berdua .


"awak.."
"awak..pakailah, saya suka tengik awak gembira . kalo boleh tiap2 hari saya nak tengok awak.... sepanjang masa. kalo awak rindukan saya , awak tengok je gambar saya tu. kalo saya rindukan awak pulak saya nak nak buat apa ek ?"
aku ketawa, Adam betul2 pandai amik hati .
"kalo awak rindu saya awak senyumlah...."
"senyum?kenapa senyum?"dia berasa hairan .
aku tarik nafas dalam-dalam ."sebab senyum awak tu saya boleh rasa, setiap kali awak senyum saya tahulah awak rindukan saya, ok?"
"hurm..macam nie ?" Adam menghadiahkan aku senyumannya , dan aku rase inilah senyuman yang paling manis yang aku pernah lihat diwajah Adam . tenang sekali setiap kali aku melihatnya tersenyum .


tiba-tiba Adam menepuk dahinya ."say tertinggal jam tu dalam kereta lah wak . saya pergi ambil kejap ye wak. mana boleh tak pakai , hadiah special tu..."
"iks...tak payah lah. kita makan dulu .nanti lepas makan kita jalan-jalan kejap. kan masih awal lagi?
"kejap lagi ek?" aku cuba untuk menghalangnya sebab sayang kalo masa-masa macam nie dibiarkan berlalu .


Adam berkeras untuk mengambil jam tangan pemberianku .aku hanya mampu mengalah, Adam terlalu susa untuk dihalang .aku mengekori Adam dengan pandangan ku .setalah kelibatnya hilang dicelah-celah kereta yang berpusu , aku melihat kembali loket itu sekali lagi .kami memang sepadan kata kawan-kawanku . dan buktinya di dalam loket itu kami nampak seiras, sama padan . aku melihat jam tangan ku sudah 9.30 malam .
beberapa kereta baru saja sampai dan parking berhampiran dengan restoren . aku melemparkan pandangan ke jalan raya yang sesak.Adam sudah berada di seberang jalan dan sempat melambaikan tangannya kearahku . bibirnya mengukirkan senyuman lagi , malah lagi menawan .aku membalas lambainya dan Adam berlari-lari anak untuk menyeberangi jalan . tapi malangnya ada sebuah kereta yang memecut lau di jalan itu .


DDDBBBBUUUUUMMMMMMM...................


ketika itu semuanya berlaku dengan pantas , aku melihat tubuh Adam melayang-layang sebelum tubuhnya jatuh keatas sebuah kereta .kemudian tubuh yang tidak bermaya itu tergolek jatuh ke jalan raya . Adam cuba untuk bangun , sedaya uapaya digagahinya , dan ketika itu jugak , ada kenderaan dari arah yang bertentangan meremouh laju tubuhnya .Adam terjatuh, malah tidak bergerak-gerak .


dan aku? aku tergamam , dengan apa yang sedang berlaku .aku betul-betul keliru . setelah beberapa orang mengerumi tubuh Adam yang sudah terbujur kaku , baru aku sedar. aku berlari pantas ke arah Adam , keadaanya sangat parah .aku sudah meraung ketika aku merangkul kepalanya . dan Adam sudah tidak berdaya, puas sudah aku menjerit memanggilnya , dan Adam akhirnya meninggalkan aku buat selamanya .aku meratap , dan meraung sekuat-kuat hatiku .
Adam ! di tangannya ada sebuah jam tangan yang berlumuran darah  masih erat dipegang .aku menatap wajah kakunya , dan senyuman itu , senyuman terakhir itu juga pergi buat selamanya .


al-fatiha .

ditulis berdasarkan cerita sebenar :'(







sekian , terima kasih .:)



0 loner (s)
OLD | NEW