feel free to navigate around. FOLLOW | DASHBOARD.

More About Me


entries | profile | tagboard

Tuesday, February 1, 2011
cerita cinta yang terjadi



title : cinta yang agung .



:’(



dalam masa itu hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan aku apabila mengetahui bahawa engkau tiada lagi bersama aku di dunia ini . aku tidak sesekali pun menjangkakan bahawa perkara ini akan berlaku . begitu pandai engkau menyimpan rahsia sampai aku tidak terasa akan kesakitan yang engkau alami . aku tidak menyalahimu kerana mungkin engkau tidak mahu aku risau akan dirimu apabila aku mengatahuinya . walau macam mana sekali pun aku tetap sedih kerana semasa kematianmu aku tiada disisimu untuk engkau melihatku buat kali yang terahir sayang . [hanya sebuah cerita ]





sekarang dan sampai bila-bila engkau akan tetap ada dihatiku dan akan sentiasa menjadi kenangan yang terindah buatku dan termanis yang pernah aku alami . 
walaupun engkau sudah pergi meninggalkan ku , aku akan tetap menyangimu seperti mana engkau menyintaiku  seingga nafasmu yang terakhir .....





title : cinta yang tiada penghujung 



assalamualaikum ,

kehadapan saudara ,

apa salahku padamu ?? sehinga engkau mempermainkanku setelah engkau mengetahui bahawa aku menyintaimu . aku tidak pernah mengharap dirimu hadir kepadaku , bagiku sejak wjudnya dirimu dalam hidupku akan memberi aku ruang untuk aku membetulkan kesilapan ku masa lalu . mungkin betul  kata-NYA kita akan dibalas dengan kejahatan sekiranya kita melakukan kejahatan , tapi aku ingin berubah setelah aku mengenalimu tetapi apa yang terjadi engkau mempunyai rancangan lain untuk mendapatkan aku ,
aku sungguh tak menyangka engkau akan membuat aku seperti ini setelah engkau mengetahui aku ingin berubah dan tidak akan melakukan kesilapan lalu , itulah bak kata pepatah orang tua " sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah jua " rancangan engkau buat telah diketahui oleh aku , disaat itu betapa sedihnya aku , aku tidak menyangka yang engkau akan membuat aku seperti itu disaat aku mengatahuinya aku berasa aku sudah tiada guna nya hidup sebab aku terlalu kecewa , bagi mu aku seperti patung yang tak bernyawa , tapi bagi ku engkau ibarat seorang lelaki yang akan menyangiku sampai bila-bila. aku minta maaf sekiranya aku ada membuat kesilapan terhadap mu , halalkan makan minum ku , aku hanya dapat berdoa semoga engkau puas dengan apa yang telah engkau lakukan , aku mengharap kepergianku ini akan memberi engkau memilih wanita yang sesuai san engkau akan berubah pada satu hari nanti ...... 

sekian , 

dari insan yang tulus menyangimu 
[hakcipta sitiaisyah],
plasticheartts:

plasticheartts




diari ku ,

si dia yang telah ku sakiti ,


sayang , pada mula aku memang mempunyai rancangan untuk menyakitimu , n melukakan hatimu, tetapi setelah aku mengenalimu dan mengatahui yang engkau ingin berubah . aku terus mengubah niatku dari mempermainkanmu menjadi aku iklas mengenalimu sayang , engkau mengubah tanggapan aku terhadap perempuan kerana bagi aku sebelum ini perempuan hanya tahu mempermainkan hati lelaki kerana aku pernah mengalami perasaan itu , tetapi setelah aku mengenalimu aku baru sedar yang ternyata semua itu salah . aku mula menyintaimu dan tulus menyangimmu sepenuh hatiku , sebenarnya yang engkau tidak mengatahui pada hari engkau tahu yang aku ingin mempermainkan mu sebenarnya aku ingin mengatakan yang aku ingin membatalkan niat ku mempermainkan mu kerana aku sudah mula menyangimu sayang , sepenuh hatiku ,
kesilapan yang aku telah buat menyebabkan aku menyesal seumur hidap aku , aku terlalu menyangi dan mencintaimu . dari seorang yang kuat aku bertukar menjadi lemah apabila aku menerima surat darimmu . aku menangis kerana kesilapan aku , aku tidak mahu kehilangan mu, tapi engaku telah pergi meninggalkan aku dan aku tidak tahu hendak mencarimu dimana , bukan aku tak pernah cuba untuk mencari tapi tiada siapa yang mahu menolong aku kerana mereka takut aku akan melukakanmu sekali lagi , akku ibarat layang-layang yang putus talinya , 
maafkan ku sayang , engkau tak pernah membuat salah padaku ..

 Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri


Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku

Hanya dirimu
Tulus cintaku

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku

Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku 



lau nie aku tujukan untukmu ,insan yang aku sayang ..

created by ,
hakcipta sitiaisyah ,





*akan bersambung

0 loner (s)
OLD | NEW